Bagi meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta dalam bidang ICT terutama pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah dan Menengah, kelas asas Powerpoint diadakan yang merupakan salah satu eleman penting dalam pembelajaran mereka. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Malaysia Kamunting pada 10 April lalu, menghimpunkan peserta dari umur 8 hingga 13 tahun. Penerangan asas powerpoint diberi pada permulaan kelas serta diterangkan juga serba sedikit fungsi graf dan cara penggunaan icon dalam powerpoint. Seterusnya peserta diberi tugas bagi menilai sejauh mana kefahaman mereka. Kelas yang bermula pada jam 2.30 petang itu berakhir pada 4.30 petang.