Pada hari selasa, 27hb Oktober yang lalu telah diadakan program gotong royong anjuran PLKN Jiwa Murni Gunung Semanggol bersama-sama PI Kamunting. Program yang disertai oleh fasilatator dan jurulatih itu juga mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Taiping. Ini adalah satu bentuk aktiviti yang ditawarkan oleh pihak PLKN bagi menyemai sikap bekerjasama dan prihatin kepada kebersihan dan disamping itu juga dapat mengeratkan hubungan bersama komuniti.