Kemudahan awam di kamunting adalah kemudahan masyarakat dan komuniti setempat, merangkumi kemudahan pendidikan dan kemudahan rekreasi. Kemudahan di sini meliputi kemudahan balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid ,Klink desa Dan Klinik kesihatan. Bagi kemudahan Pendidikan, Ia terdiri daripada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Perpustakaan Dan Pusat ICT. Manakala Kemudahan Rekreasi terdiri Daripada taman Permainan, Gelanggang Permainan Dan Padang Bola

Penyediaan Kemudahan awam di kamunting merangkumi keseluruhan kemudahan yang diingini masyarkat setempat, dalam  memudahkan aktiviti  masyarakat ,jarak dan kepengunaan setempat oleh komuniti kamunting  amat kompetitif ,memandangkan komplek belia dan taman rekrasi begitu mengikut garis panduan jarak  antara kampung  dengan Perletakan kemudahan masyarakat di  kamunting .

 

MASJID JAMEK KAMUNTING

Pengenalan

Masjid Jamek Kamunting adalah salah sebuah masjid yang tertua di kawasan Parlimen Taiping. Masjid ini, ikut cerita orang lama diasaskan oleh pekerja islam syarikat perlombongan Kamunting Tin Dredging Mining Ltd.

Fungsi

  • Tempat solat berjemaah
  • Solat jumaat
  • Mengadakan majlis- majlis ilmu
  • Bacaan Yasin
  • Mempunyai deretan kedai untuk peniaga islam
  • Mempunyai kemudahan van jenazah senarai Nama pengerusi  Masjid Jamek Kamunting

 

 

Kompleks rakan muda laraut matang dan selama

Kompleks ini adalah kemudahan komuniti kamunting dalam menjana programdan aktiviti aktiviti setempat atau anjuran acar yang besar,terdapat kemudahan seperti  kawasan beriadah,gymnasium,skate park,dewan badminton,gelanggang takraw,gelangang bola keranjang,gelangang bola baling dan bermacam kemudahan lain lagi,kompleks ini mempunyai kelengkapan bagi mereka yang  gemarkan aktiviti beriadah.dan sekaligus dapat menampung kursus kursus yang dianjuran oleh jabatan belia dan sukan,

 

 

 

 

Kemudahan rekrasi/skate park/climbing aktiviti

 

Gelanggang futsal

Kamunting mempunyai kemudahan asas seperti gelanggang futsal. Untuk kemudahan komuniti dan penduduk setempat, menjana aktiviti riadah setempat penduduk meluangkan masa mereka dengan aktiviti sukan dengan bermain futsal, gelanggang ini jugak berupaya dijadikan gelangan sepak takraw,kerana fungsi gelangan 2 dalam 1 ini dapat memenuhi aktiviti  sukan yang pelbagai, Gelanggang futsal ini digunakan sekrap mungkin dalam aktiviti riadah belia dan juga dewasa,terletak berhampiran pusat khidmat,dan jugak PI1M .