Lokasinya yang terletak berhadapan dengan Taman Tasik Kamunting memudahkan pengunjung mencari kedai makan Wan Ikan Bakar. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk dan sayuran serta ikan bakar yang menyelerakan. Tempat ini juga menjadi pilihan kerana tempatnya yang luas serta selesa. Berkonsepkan layan diri, kedai makan ini yang baru dibuka di kamunting ini juga pernah mendapat anugerah "Kedai Harga Patut" pada tahun 2016.
Berkonsepkan Ala Keluarga , restoran ini baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2017 dengan menyajikan makanan melayu dan western. Berdekatan dengan Kolej Komunti, Restoran Combo kitchen menyediakan ruang yang selesa dengan penghawa dingin serta wifi percuma. Pengunjung boleh memilih untuk makan di dalam ataupun di luar. Antara menu yang mendapat sambutan adalah nasi ayam kampung , combo western.
Waktu Operasi (Bulan Ramadhan)
Dibuka 5.00 ptg-10.00 malam
Tel : 05-8915434
Tempat : No. 11 & 13, Laluan Kamunting 1
34600,Kamunting, Perak
Fb :https://www.facebook.com/ComboKitchenKamunting/
Bagi penggemar makanan ala western , gerai FTWL boleh menjadi pilihan.Terletak di dalam taman perumahan di area kamunting, gerai ini menyediakan pelbagai menu western yang boleh dicuba dalam suasana kampung yang mendamaikan. Gerai FTWL di Kamunting mula dibuka pada tahun 2016 diterajui oleh En. Sharil ,seorang chef dan beliau sentiasa mencari kelainan dan memperbaharui menu yang ada.
Waktu Operasi : Selasa-Ahad (Isnin Tutup)
Tempat : Lorong Seroja, Taman Kamunting Jaya
Tel : 0123135524
fb : FTWL LITTLE GERAI