Lokasinya yang terletak berhadapan dengan Taman Tasik Kamunting memudahkan pengunjung mencari kedai makan Wan Ikan Bakar. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk dan sayuran serta ikan bakar yang menyelerakan. Tempat ini juga menjadi pilihan kerana tempatnya yang luas serta selesa. Berkonsepkan layan diri, kedai makan ini yang baru dibuka di kamunting ini juga pernah mendapat anugerah "Kedai Harga Patut" pada tahun 2016.