Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.
Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.
Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat.
Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan lagi.
Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu.
Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong. Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.
Di Kamunting,sekitar tahun 1960-an,penggunaan kapal korek telah berkembang pesat dan industri biji timah ini. menjadi pekerjaan penduduk setempat selain ladang kelapa sawit dan penorehan getah yang majoritinya kaum melayu.
Sumber :wikipedia
: Temuramah bersama Tuan Hj. Akhiruddin (Ketua Kampung Kg. Expo)