Tarikh : 18hb Oktober 2023
Masa :2.30 petang-4.00 petang                                  
Lokasi

: SK Bukit Jana     

 

Tujuan

Memberi ceramah berkaitan buli siber dan maklumat palsu

Aktiviti

Ceramah pada petang tersebut melibatkan kira-kira 300 pelajar daripada tahun 4 hingga 6 .Ceramah  disampaikan oleh petugas dari PEDi Kamunting dan PEDi Muzium Telegraf dengan dua tajuk iaitu buli siber dan maklumat palsu. Selain ceramah program KDB menyelitkan aktiviti soal jawab dan kuiz bagi memeriahkan program dan menambah kefahaman para pelajar. 

 

Lihat gambar di sini..........

Tarikh : 15 Oktober 2023
Masa :9.30 pagi-1.00 petang                                  
Lokasi

: PEDi Batu Kurau         

 

Tujuan

Menyemarakkan Hari Sukan Negara di PEDi Batu Kurau

 

Aktiviti

PEDi Batu Kurau berkerjasama dengan PEDi Kamunting, PEDi Assam Kumbang dan PPR Simpang bagi memeriahkan Program Hari Sukan Negara dengan menganjurkan 4 aktiviti melibatkan kanak-kanak dan belia, Aktiviti tersebut adalah FC 24 PS5 Tournament, pertandingan mewarna, Projek STEM ( Tangan Robatik ) dan Quizizz bertemakan Hari Sukan Negara.

 

Gambar di sini...................

Tarikh : 17 Ogos 2023
Masa :8.00 petang-11.00 petang                                  
Lokasi

: PEDi Kamunting         

Tujuan

Mengisi program kemerdekaan dengan taklimat daripada KWSP dan NCER

Aktiviti

Program ini adalah kerjasama dengan PEDi Kamunting bersama Jabatan Penerangan , KWSP dan NCER yang disertai oleh usahawan dari Larut Matang.

Dalam program tersebut taklimat disampaikan oleh pegawai dari KWSP dan NCER . Bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan, turut diselitkan kuiz kemerdekaan serta nyayian lagi Merdeka.

 

Gambar di sini.......................

Tarikh : 10 September 2023
Masa :4.00 petang-6.00 petang                                  
Lokasi

: PEDi Kamunting         

Tujuan

Meransang kreativiti pelajar-pelajar dalam membina sesuatu objek

 

Aktiviti

Aktiviti secara individu ini menggunakan hanya dua peralatan iaitu pengcukil gigi dan plastesin. Aktivti membantu pelajar mengunakan kreativiti dan tumpuan mereka untuk

membina sesuatu objek samaada objek haiwan ,bangunan atau apa sahaja mengikut kreativiti pelajar-pelajar.

 

Lihat gambar di sini....................

Tarikh : 12 Ogos 2023
Masa :5.00 petang-6.00 petang                                  
Lokasi

: PEDi Kamunting         

Tujuan

Uji minda pelajar dengan aplikasi quizizz Komputer

Aktiviti

Aktiviti ini dimainkan serentak dimana pelajar akan berlumba mendapatkan markah terbaik di kalangan mereka.

Pada petang tersebut mereka diuji dengan subjek Matematik dan Bahasa Melayu bagi peringkat rendah.

 

Gambar di sini........................