Pasar Karat Kamunting dilihat semakin berkembang dan menjadi tarikan punduduk sekitar mahupun pengunjung dari laluar. Terletak di pasa malam kamunting, pasar karat ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari pulul 8 hingga 12 tengah hari. Terletak behampiran dengan Stesen Bas Kamunting, pasar karat ini menawarkan pelbagai barang lama yang mungkin sukar dicari pada masa kini. Antara barang yang dijual adalah seperti tembikar, piring hitam, barang elektrik lama, kasut dan baju lama , buku -buku lama, duit syiling dan wang kertas lama dan sebagainya.

 

Akan dikemaskini oleh petugas dalam masa terdekat.

Antara tempat membeli-belah yang ada di sekitar kamunting

 

Bukit jana, Kamunting

Taiping Golf & Country Club, Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia 

 

 

Terletak di Taiping Resort Golf, dinobatkan sebagi 3 bintang oleh golf club,Taiping Golf Resort di Perak , kawasan utara Semenanjung Malaysia terletak megah di kaki bukit di tengah-tengah taman tropika yang rapi dan indah ,kolam teratai yang dikelilingi oleh flora dan fauna memberi anda ketenangan damai dengan keindahan di sekitar,Taiping Golf Resort, 10 -minit memandu dari Lebuh Raya Utara Selatan. Sebelum ini dikenali sebagai Bukit Jana Golf & Country Club, hutan tebal Bukit Jana memberikan pandangan sekitar bukit dan gunung yang indah,. Resort ini menyediakan penginapan mewah di tengah-tengah flora , menawarkan penginapan gaya resort tropika dengan dalaman moden. penginapan untuk pemain golf mengikut kesusuaian mereka,Anda boleh memilih daripada bilik standard yang sesuai dengan eksekutif, pemandangan yang menakjubkan dari rumah kelab dan padang golf 18 lubang.

 

Taman Tasik Kamunting

Taman rekreasi ini dibagunkan di atas bekas lombong biji timah seluas 12.8 hektar dan dijadikan lokasi untuk bersantai selepas Taman Tasik Taiping

Tujuanya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas  di Taman Tasik Taiping

Terletak berhampiran kawasan perumahan, menjadikan lokasi ini begitu strategik