Bagi penduduk di kawasan kamunting, gerai laksa ini sudah tidak asing lagi. Bertempat di sebelah jalan besar kamunting berhadapan stesen minyak petron , gerai yang dinamakan Laksa Telur Goreng Kamunting ini pastinya membuatkan pegemar laksa akan kembali lagi. Menu istimewa mereka tentunya telur goreng dimakan bersama laksa.