Berita baik kepada komuniti setempat, Dashboard Komuniti sekali lagi menganjurkan pertandingan Dasboard Komuniti bagi tahun 2018 untuk memberi peluang kepada komunti memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Untuk menyertai pertandingan Dashboard ini, peserta wajib menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia, dan kepada yang masih belum menjadi ahli, boleh hadir ke Pusat Internet berdekatan untuk mendaftar.

Pertandingan kali ini terbahagi kepada tiga iaitu :

1) Pertandingan Module My Shop (mac-apr)-bermula   26 mac 2018 
2) Pertandingan Module My Health (mei-Ogos)
3) Pertandingan Module My Career (Sept - Dis)
 
**Setiap Modul mengandungi 20 soalan.
**Soalan akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.
 

 Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hadir ke pusat Internet behampiran. Bagi  yang telah mendaftar menjadi ahli , boleh klik di sini untuk menyertai pertandingan ini.