Pada 21 Januari yang lalu, Persatuan Wanita India Kawasan Kamunting telah menganjurkan program Sukaneka yang berlansung di perkarangan Pusat Internet  Malaysia Kg. Kamunting bertujuan mendekatkan silaturrahim antara ahli-ahli Persatuan serta memberi taklimat berkaitan program -program anjuran Persatuan Wanita India Kawasan Kamunting. Pada program tersebut beberapa acara telah disusun seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, permainan  untuk golongan dewasa dan kanak-kanak seperti tarik tali dewasa, meniup belon dan bawa bola dalam sudu bagi kanak-kanak.Pusat Internet juga tidak ketinggalam memberikan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah kepada peserta yang hadir.