USAHAWAN KAD KAHWIN

Nama Muhammad Najmi bin Ahmad
Umur : 30 tahun
Ahli : 2016

 

 

16174781_102288583619848_1567346283416966455_n.jpg

 

Latar belakang

Menjadi ahli Pusat internet sejak tahun 2016 untuk mengembangkan perniagaan serta  menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Malaysia Kg. Kamunting.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang pendedahan berkaitan teknik dan kaedah pemasaran di facebook dan media lain

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas keusahawan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg. Kamunting dan berupaya melebarkan sayap perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Perniagaan beliau lebih dikenali dengan mengekalkan servis dan produk yang berkualiti.juga mampu membuka kedai dan berdikari bagi mengembangkan lagi promosi di media sosial

USAHAWAN TELEKOMUNIKASI

Nama :Mohd Sopian bin Abdul Karim
Umur : 40 tahun
Ahli : 2016

 

 

Latar Belakang

Berumur 40 tahun, beliau membuka kedai telekomunikasi yang dinamakan Impian Shuhada yang terletak berdekatan dengan KFC Kamunting. Menyediakan perkhidmatan membaiki,menjual ,membeli henset dan menyediakan bengkel mengajar untuk membaiki henset.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau memberi perhidmatan “face to face" kepada pelangan.dan dengan bantuan PI, beliau melakukan urusniaga di PI bagi berjumpa pelanggan ,dan membuat temujanji di PI

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia kamunting serta menjana lebih banyak pendapatan melalui pemasaran yang berkesan .

 

USAHAWAN GERAI MAKAN

 

gerai.jpg

 

Latar belakang

Berlatarbelakangkan pengalaman sebagai chef di hotel terkemuka, beliau mengaplikasikan kepakaran beliau dlam dunia masakan dan membuka gerai di rumah beliau sendiri di kamunting taiping. Menampilkan masakan barat dan timur, masakan beliau memang harus mendapat pujian

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di Pi1M, gerai beliau hanya dikenali di kawasan sekitar sahaja dan tidak meluas

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,gerai beliau mula dikenali dan menjadi antara pilihan sesiapa yang ingin merasa makanan ala western.

 

BELAJAR KEMAHIRAN ICT DAN MULTIMEDIA

Nama : Kamariah Binti Safri
Umur : 54 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Kamariah binti Safri berumur 54 tahun dari Kamunting Taiping Perak. Beliau adalah seorang aktivis yang aktif dalam berpesatuan dan jugak sebagai Timbalan Setiausaha Ibu Tunggal Cekal Parlimen Taiping 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai penulis cerpen mengambil masa yang lama untuk melengkapkan kerja-kerja yang berhubung rapat  kerana disebabkan kelajuan internet yang lemah, kurang kemahiran dalam ICT 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PI memberi ruang dan peluang untuk saya mengembangkan penulisan dan kertas kerja saya seterusnya menimba ilmu dan kemahiran ICT dan Multimedia dengan jayanya.

 

 

 

 

BELAJAR ICT,EDITING POSTER

Nama :NURUL A'DILLAH BINTI MUSTAFFA
Umur : 19 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Mempunyai 3 adik beradik.Anak kedua dari 3 orang adik beradik.Menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.berusia 17 tahun Adilah adalah seorang pelajar yang berpotensi dalam pembelajaran yang melibatkan ICT dan kecerdasan dalam berpasukan

Sekolah rendah kamunting adilah adalah diantara salah seorang pelajar yang kerap berkunjung ke Pusat Internet  Malaysia kamunting,diantara rutin harian beliau adalah menyiapkan kerja kerja sekolah ,belajar dalam kumpulan dan memperolehi maklumat baru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya pusat internet beliau tidak ada tempat untuk melakukan kerja kerja yang melibatkan kumpulan belajar yang dapat mengumpulkan sekaligus menyiapkan kerja sekolah dengan efisyen.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar dan mempunyai tempat yang begitu selesa untuk membuat kerja dan mendapat pendidikan yang baik daripada kelas kelas yang dianjurkan di PI Kamunting.kini segala masalah dan pertanyaan akan dibantu dan dijawab oleh pegawai PI kamunting bagi memastikan segala keperluaan adilah dan rakannya tercapai dan memenuhi kehendak pembelajaran meraka