Pada 25 March yang lalu , bertempat di Pusat Internet  Malaysia Kamunting telah diadakan Program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) . Program ini bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara percuma kepada usahwan Mikro untuk merekaa yang ingin menjadi seorang usahawan digital.

Pada program tersebut seramai 20 peserta menghadiri kelas yang diselia dan dipimpin oleh Pn. Wan Fatmasuriati Yahya, pegawai dari MDEC yang berpengalaman. Antara skop yang diajar ialah  Facebook untuk bisnes, Pemasaran menggunakan Whatapp, Search Engine Optimazation (SEO), Teknik Copywitting dan pelbagai. Sepanjang sesi berlansung, mereka juga didedahkan dengan tips, adab dalam perniagaan online. Peserta juga dibahagikan kepada kumpulan untuk melatih mereka befikir secara cepat dan kreatif dan diberi peluang mempromosikan produk mereka. Mereka juga buka nsahaja mendengan tapi diberi latihan secara praktikal. Selain itu, mereka belajar mengenai perisian canva dan mengkap gambar produk meeka menggunakan mini studio yang disediakan oleh Pusat Internet  Malaysia Kamunting.Pengerusi Pusat Internet  Malaysia, En. Hakimi memberi sedit ucapan dan mengharapkan program sebigini akan diteruskan dan beliau berbanggga kerana ramai anak muda berminit menceburi bisnes secara digital. Program yang bermula pada pukul 9 berakhir pada pada pukul 6.00 petang.