Punca keracunan adalah penggunaan telur tamat tempoh. Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ad rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut
Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau COVID-19.
Keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi kita akan berkurangan apabila usia kita makin meningkat.
Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai 'benteng pertahanan automatik' dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda.
Pemakanan sihat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi 'menggerakkan' sistem pertahanan ini.
Bukan susah pun untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan.
Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri.
Anda nak sihat, andalah yang kena bertindak.
Berikut adalah sayur-sayuran yang tinggi Vitamin C.