Pada 22 Januari yang lalu,pusat internet mendapat kunjungan dari beli sekitar untuk mengisi dan mencari peluang pekerjaan di dalam talian. Dengan adanya internet berkelajuan tinggi   memudahkan mereka mencari dengan lebih mudah dan cepat.  Selain mencari peluang pekerjaan ,dengan bantuan petugas Pusat  Internet 1 Malaysia, belia diajar untuk mengisi borang secara talian dan memberi panduan serta peringatan kepada mereka cara melayari internet dengan selamat dan berkesan. Ini kerana banyak penipuan yang berlaku  yang berselindung di sebalik jawatan kosong yang mereka tawarkan dan belia selalu mudah tepengaruh dengan iklan terutama dari segi gaji yang ditawarkan. Mereka juga digalakkan melayari pautan kerajaan yang lebih selamat atau menyemak dahulu status syarikat yang menawarkan kerja kosong sebelum memohon sebarang jawatan yang diiklankan

.