Balai bomba &penyelamat kamunting

Kawasan Perindustrian Kamunting, 34600, Taiping, Perak

Balai bomba dan penyelamat kamunting,dibina di kawasan perindustrian kamunting,berdepan dengan syarikat kosortium sdn bhd,dan bersebelahan dengan pasar borong kamunting,

 

Objektif

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM)mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

  1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.